Nufnang

Saturday, October 17, 2015

Ulangtahun kelahiran yang ke .............................(sila kira ada brp titik ini.hihi)

Gambar terpilih... Seram tak tengok? hihihi. Semuanya berlaku pada 11 Oktober di tempat kerja. Tapi baru sempat nak kemaskini dalam blog. Tahun ni punya ucapan tak panjang berjela pon, tapi pendek dan mudah difahami. Tengoklah kat bawah ucapan dalam facebook :-
  Bismillah,
Cerita semalam.

Sakitnya kaki terpijak duri,
Kerna hendak menangkap ikan;
Kepada Tuhan kita syukuri,
Atas rezeki yang diberikan.

Terima kasih rakan-rakan yang sentiasa mengingati tarikh keramat tersebut. Yang tak perasan tu, takpe.. Tahun depan Insyallah bertemu kembali. hihihi

Terbang selisih si burung kedidi,
Terbang berduyun di waktu pagi;
Terima kasih daun keladi,
di lain tahun berjumpa lagi.


 Sebenarnya ada satu rahsia. Ak saja sembunyikan tarikh lahir dalam facebook. Tahun lepas ada buat jugak jugak, sehari sebelum hari kejadian, dah nyorokkan, lepas tu bukak balik lepas hari kejadian. Tapi tak jadi masa tu. Tahun ni nasib baik jadi. Hihihi. Jadinya tak ramai yang bagi ucapan dalam fb. So krikkk krikkk krikkk je la fb pada hari tersebut.

Bukannya apa, saja nak tengok kawan mana yang betul-betul ingat tarikh lahir ak. Kejam tak? Kalau tengok ucapan tu sepertinya kemaruk dengan pantun. Almaklumlah orang baru balik dari Kembara Bahasa. Dapat berjumpa pejuang-pejuang Bahasa Melayu. Sebab tu semangatnya lain macam. 

Kebetulan dari tarikh keramat ni, tinggal beberapa hari je nak masuk awal muharram. Maksudnya dah masuk tahun baru dalam bulan Islam. Ini jugak bermakna, umur ak telah jejak kepada angka tiga. Agaknya apa yang betul-betul belum ak capai dalam hidup ak ye?

Oh ya, asyik fikir hal keduniaan saja, adakah sudah cukup bekalan ak untuk menempuhi alam yang kekal selama-lamanya? Subhanallah, Walhamdulillah, Wallahuakbar... Muhasabahlah diri dari masa ke semasa. Semoga ak mendapat iman yang teguh dan sentiasa istiqamah dalam menuju ke jalan yang diredhai Allah swt. Insyallah

Wallahualam.

Friday, October 16, 2015

Program Outreach SMSSI

Buat pertama kalinya program outreach berjaya disempurnakan di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar, Mersing. Gembira betul pengetua dan guru-guru yang terlibat. Manakan tidak, pelajar-pelajar begitu bersemangat ketika sesi penerangan, tidak kira yang menerangkan dan yang mendengarnya. Semoga dengan adanya program seperti ini, tahun ini akan memberikan peningkatan keputusan peperiksaan yang memberansangkan.

Program Outreach ni sebenarnya adalah satu pendekatan baru dalam era pendidikan zaman moden ini. Pelajar telah diterapkan dengan Pembelajaran Abad 21 dengan menekankan beberapa aspek yang berbeza. Contohnya kebanyakkan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) adalah berfokuskan kepada minat pelajar. Pelajar lebih aktif belajar dengan cara ini. Mereka boleh menggunakan komputer, projektor dan alat-alat bantu mengajar (ABM) untuk memberi penerangan kepada rakan-rakan mereka. Guru lebih berperanan sebagai pembimbing kepada pelajar. Pelajar juga lebih keterbukaan apabila berbincang sesama mereka berbanding hanya mendengar ketika PdP dijalankan.

Selain tu juga, pendidikan zaman ini lebih menfokuskan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Mungkin banyak isu mengenai KBAT ni. Pemikiran pelajar-pelajar sekarang tidak seperti zaman kita dulu-dulu. Kalau masa sekolah dulu, kita hanya dengar Kemahiran Berfikir secara Kreatif dan Kritis (KBKK). Dengan KBKK, kita hanya belajar untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, tidak seperti KBAT, pelajar mestilah belajar untuk menilai, menganalisis, mengaplikasi dan mencipta. Sebabnya perkara-perkara inilah yang akan digunakan ketika mereka menempuhi alam pekerjaan kelak. 

Lagipun, kanak-kanak sekarang lebih cepat mempelajari perkara-perkara baru, disamping mempunyai kelebihan dan bakat tersendiri. Sebagai ibu bapa, kita perlu mempelajari cara mendidik anak zaman ini. Tetapi jangan dilupa, walaupun kita mengikut arus peredaran zaman, Ilmu agama itu adalah paling penting. Kita perlu kembali kepada asal iaitu tujuan kita dicipta di bumi ini. Akhirat itu adalah tempat kita untuk selama-selamanya. 

Wallahualam.....

Thursday, October 15, 2015

Kembara Bahasa 2015


Bulan Oktober ni macam sibuk sikit. Banyak pula projek yang perlu ditempuh. Bulan Oktober jugaklah bulan yang banyak hari jadi kawan-kawan. Awal bulan je dah kena pegi Kembara Bahasa 2015(2-7 Oktober). Dari pejabat DBPWS kami bertolak ke Segamat. Sebab ada program kat Kampung Orang Asli Segamat Kechil. Selain ada pelepasan Kembara Bahasa (KB), Duta Jauhar juga ada program bersama kanak-kanak di sana. 

Mungkin ramai yang tak tahu apa itu Duta Jauhar. Duta Jauhar ni adalah satu program anjuran Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Johor untuk mendekati masyarakat tempatan. Bagi program di Segamat, pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah terpilih untuk menjayakan program bersama komuniti orang asli. Pada tahun ini, mereka memilih untuk memberi pendekatan baru dalam bidang pendidikan kepada anak-anak orang asli Segamat Kechil. Pendekatan yang berbeza itu memberi satu impak yang begitu baik kepada mereka supaya dapat melahirkan masyarakat orang asli yang cintakan ilmu justeru dapat mengubah pemikiran mereka seiring dengan kemodenan zaman ini.

Manakala pasukan Kembara Bahasa mendekati masyarakat orang asli kaum Jakun ini. Mereka menunjukkan beberapa demonstrasi adat kepada peserta-peserta KB. Tujuan utama kami mendekati mereka adalah untuk mengumpul sebanyak kosakata untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat. Kami adalah antara pejuang bahasa yang akan membawa Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa. 

Setelah mempelajari adat-adat dan kosakata kaum orang asli, KB bersedia untuk pelepasan menuju ke utara, di mana kami akan berkumpul di Kedah (UUM) untuk berhimpun dari pelbagai negeri iaitu zon selatan, timur, tengah dan utara. Di sinilah kita akan pelajari pelbagai loghat dari negeri lain. Bahasa Melayu itu sebenarnya luas. Pelbagai loghat yang berteraskan Bahasa Melayu di kumpulkan dalam satu program. 

Di utara juga, kami mempelajari lagi adat, budaya dan kegiatan ekonomi mereka. Menarik juga bila kita pelajari budaya orang lain yang selama ini kita tidak pernah berpeluang pun untuk pelajarinya. 

Kembara Bahasa ini adalah satu program yang sangat bagus untuk pencinta Bahasa Melayu terutamanya orang muda. Kita perlu contohi rakyat Thailand dan Jepun. Mereka sangat menyanjungi bahasa dan budaya mereka. Dengan semangat seperti itu sebenarnya ia akan menguatkan lagi jati diri kita sebagai orang Malaysia. Jadi sebagai golongan muda yang masih mempunyai kudrat dan idea yang membuak-buak, marilah kita perjuangkan Bahasa Melayu hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.  

Sebelum terlupa, jika ada kemusykilan tentang kosakata Bahasa Melayu, bolehlah membuat carian di sini DBP.

Wallahualam..

Friday, September 4, 2015

Dulu kini dan selamanya

Memang tak sangka, kalau dulu mase sekolah selalu masuk aktiviti-aktiviti kat sekolah sama-sama. Mase kerja pon boleh jumpa lagi. Tapi die level bos-bos. Kita ni hanya insan biasa. Tapi tu semua rezeki Allah, kita perlu syukuri nikmat yang Allah kurniakan.

Tapi dia tak pernah berubah dari dulu sampai sekarang dengan perangainya yang baran dan suka complain sana sini. Mungkin yang dah lama kenal dia, akan masak dengan perangai dia. Tak perlu argue2 sebab dia memang begitu. Tapi sebagai manusia, hati kita boleh berubah2. Mungkin berubah dari tak baik kepada baik dan sebaliknya. Perubahan kepada arah kebaikan itu sangatlah dituntut.

Masa sekolah mesti nak jadi yang terbaik drp dia, tapi dia dikurniakan bakat dan keluarga yang senang. Tapi kita tidak perlu patah semangat untuk jadi yang terbaik. Usaha tu penting, begitu juga doa dan tawakal. Allah akan sentiasa membantu kita. Kita perlu kuatkan keyakinan kita terhadap Allah. 

Oklah nak belanja sikit gambar dulu-dulu.







Thursday, September 3, 2015

Hari Kebangsaan ke-58


Memang tak pernah terpikir nak menyanyi masa Hari Kebangsaan (biasanya dikenali sebagai Hari Kemerdekaan). Tiba-tiba je terjebak pula bila duduk Mersing. Almaklumlah bandar yang tak begitu besar ni, tak ramai penghuninya. Jadi kami la anak jati Mersing yang boleh menyumbang sikit kepada tanah tumpah darah. Ceh! 

Suara tak ada lah sedap sangat, tapi disebabkan menyokong usaha untuk memeriahkan Hari Kebangsaan, kami gigihkan diri. Tiba-tiba jiwa patriotik tu membuak-buak. 

Tapi tak tahu la apa akan jadi dengan negara kita pada masa hadapan. Cume mampu berdoa dan berharap supaya Malaysia sentiasa diberkati. Amin...







Saturday, August 15, 2015

Rajin itu membawa kepada kejayaan


Ak tidak lah pandai sangat menulis. Tapi kadang2 mood tu datang tiba-tiba. Kalau nak cakap kemahiran menulis dan olahan ayat tu memang tak ada lah. Sebab apa, dulu masa spm, BM ak teruk. Antara yang paling teruk dalam kelas. Sungguh memalukan. 

Ak suka sangat baca tulisan dari penulis blog terkenal Saiful Nang. Olahan dan penceritaan dia sangat mudah difahami. Cerita dia sebagai anak peneroka juga cukup menarik minat ak untuk membaca. Selain tu juga, ak suka tulisan MKI (prof. Muhd Kamil Ibrahim). Ade beberapa buku yang ak baca dan ada juga yang belum sempat baca. 

Selain membaca ak suka menonton Potret Niaga tv3. Banyak inspirasi tentang perniagaan diketengahkan. Bila tengok rancangan tu je, minat ak pasal perniagaan bertambah dari hari ke hari. 

Orang kata peluang tu selalu ada di depan mata. Peluang di dunia adalah sama untuk semua orang selagi kita masih bernafas dalam udara yang sama. Berdiri di atas bumi yang sama. Bila kita rajin, terbuka sejuta peluang di hadapan kita, bila kita malas tertutup mata kita melihat peluang yang sebanarnya ada.



Wednesday, August 12, 2015

Pencarian yang belum pasti.

Untuk ke sekian kali, iPhone rosak dah berbulan2. Sangat menyedihkan. Mungkin bila dah duduk kampung, tak perlu kot untuk guna hp mahal-mahal. Nak beli pengganti pon lom survey. Biarlah ak jadi katak bawah tempurung kejap. Beli mahal-mahal tapi cepat rosak. Geram betul. 

Dugaan bila duduk dengan keluarga betul-betul beri ujian yang kental. Bila mak bebel, mulalah ak jadi tertekan. Kalau nak lawan tak elok. Selalu ak terfikir di benak kepala otak ak, mungkin Allah nak uji ak. Dia saje nak tengok ak boleh jaga mak ke tidak. Ak sentiasa muhasabah diri supaya ak tidak melakukan perkara-perkara yang tak elok. Ak kena fikir beruntungnya bila dapat duduk dengan keluarga. Orang lain tu duduk jauh dari keluarga. Ada tu yang dah tak ada mak ayah. Ak sentiasa pujuk hati supaya banyak bersyukur dan bersabar. 

Tahun ni punya achievement tak tahu apa. Sepatutnya tiap-tiap tahun ak mesti ada target yang perlu dicapai. Semenjak duduk kampung, banyak idea nak buat. Tapi apa pon tak jalan. Pernah terbaca dalam satu buku, bila benda macam ni terjadi, mungkin hidup ini tidak diberkati. Ak kena kaji balik hidup seharian ak. Mungkin ada perkara yang tidak sepatutnya ak buat, tapi telah terjadi tanpa ak sedar. Mungkin betapa besarnya perkara itu menyebabkan ia terkesan dalam kehidupan ini. Mungkin hubungan ak dengan Allah, hubungan dengan mak, hubungan sesama manusia. Ak perlu cari dimana silapnya.....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...