Nufnang

Monday, August 28, 2017

PTM Peniagaan dan Penjaja 2017

Alhamdulillah, Allah memang perancang terbaik untuk kita. Apa yang paling penting perlu kita tanamkan adalah yakin dengan Allah.. Last week ada sedikit kekecewaan dalam diri sebab tak dapat mengikuti kursus STEM di Kluang. Yelah, bukan rezeki. Kita perlu reda. Tapi dengan tidak disangka, rupanya dapat satu tawaran yang lebih baik iaitu PTM bagi Peniaga.. Program ini anjuran KPDNKK dengan kerjasama Kolej Komuniti Segamat 2. Fuuhhhh.. Memang tidak disangka i'm the chosen one in Johor.

So apa lagi, segala kekecewaan itu telah diubati. Semua ini adalah kerja Allah. Program Transformasi Minda Perniagaan dan Penjaja Kecil 2017 adalah anjuran KPDNKK dan kerjasama Kolej Komuniti Segamat 2 dalam mentransformasi peniaga-peniaga bumiputera. Kursus yang dijalankan selama 3 hari ini mendidik peniaga dalam merancang, mengurus, membuat pemasaran dan kewangan. Ianya juga adalah satu platform untuk peniaga-peniaga memaju dan mengembangkan perniagaan dengan membuat pinjaman atau mengetahui saluran-saluran yang kerajaan telah sediakan. Pinjaman yang bakal ditawarkan bersama bank rakyat adalah sehingga rm100k. Ia merupakan satu peluang yang sangat baik dalam memajukan peniaga-peniaga kecil dan bumiputra khasnya.


 





 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...