Nufnang

Thursday, July 7, 2016

Sayang itu bisa menolak perasaan negatif. hihihi


Sekarang memang tengah viral ayat-ayat sentap macam ni kat laman sosial. Pernah terbaca kupasan dari seorang penulis mengenai isu yang begitu hangat diperkatakan ini. Isu ni semakin lama samakin di panas, lagi-lagi bila musim raya dah dekat. 

Penerimaan dan penyampaian setiap orang adalah berbeza-beza. Ianya memang tidak boleh disangkal lagi. Disebabkan itu, maksud yang bakal diterjemahkan juga akan berbeza. Perbezaan inilah yang akan menimbulkan salah faham.

Sekiranya orang positif yang menerima soalan sebegini, pastinya mereka akan menjawab dengan lebih berhemah dan sopan berbanding orang yang penuh dengan sikap negatif. 

Budaya melayu dan agama islam tidak pernah mengajar kita untuk menjadi biadab dengan orang yang lebih tua terutamanya. Walaupun kita ditanya dengan soalan-soalan yang sensitif seperti ini, kita janganlah cepat melatah. Bersangka baiklah dengan soalan yang ditujukan kepada kita itu. Mungkin mereka ambil berat terhadap kita ataupun hanya soalan itu yang terpacul di fikiran mereka untuk memulakan perbualan. 

Jawablah dengan berhemah seperti " Mungkin belum ada jodoh, harap makcik doakan yang terbaik untuk saya"

Jagalah mulut dan hati kita dari dikotori oleh pemikiran-pemikiran yang memecah belahkan kita. Allah suka manusia yang penuh dengan sikap penyayang sesama manusia.

Tidak perlulah kita membenci sesama manusia hatta makhluk lain juga. 

Teringat kata-kata seorang kawan. Ianya betul-betul memberi 1000 kesan dalam kehidupan. 
" Janganlah kita benci orang lain, pasti orang lain akan membenci kita juga"

Wallahualam.....






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...