Selamat Hari Raya semua.. pejam celik pejam celik, habis dah bulan ramadhan yang mulia.
Bukan semua orang dapat merasai kemeriahan hari raya macam kita.
Kite kena selalulah beringat dengan orang-orang yang kurang bernasib baik.
Kita tak bolehlah terlalu mementingkan diri sendiri.
Terkadang tu, kita sendiri pon tak perasan yang kita ni tak pernah pikir pasal orang lain.
Cube kite fikir sejenak, muhasabah diri sikit, kenapa kita diberi kebahagiaan menyambut hari raya? Sebenarnya Allah harapkan kita untuk berkongsi kebahagiaan tersebut dengan orang lain. Bukan untuk kita sorang je.
Tujuan Allah beri rezeki adalah untuk kita kongsikan dengan orang lain. Janganlah kita lupa, rezeki yang Allah beri tu bukan milik kita, tapi milik Allah. Allah cuma percaya kat kita untuk jadi pengantaraan berkongsikan rezeki tersebut dengan orang yang sepatutnya.
Rezeki tu tidak akan pernah putus sekiranya kita kongsikan. Jangan risau kiraan matematik Allah sangat berbeza dengan manusia. Andaikata kiraan manusia 10-1=9, tapi bagi Allah 10-1=11. Sebab apa? setiap apa yang kita kongsikan itu akan bertambah nilainya di kemudian hari. Dan yang paling penting kite kena ikhlas dan yakin dengan janji Allah itu.
Wallahulam..
p/s : pic ni adalah pic zaman bujang kami adik-beradik, tapi tak ingat tahun bila. Yang penting semua masih slim-slim lagi.. hihihi
No comments:
Post a Comment