Entahlah.. Tak tahu nak cakap apa. Bila namanya manusia acapkali melakukan kealpaan.
Kita bukannya apa, kadang-kadang tu kesian dekat diri sendiri. Tapi secara positifnya mungkin kita belum diberi taufik dan hidayah. Kadang-kadang kita lakukan banyak amalan, solat 5waktu tak pernah tinggal, baca Alquran setiap hari lagi. Tapi bila bab jaga silaturahim, kita gagal. Terputusnya silaturahim itu, begitu besar akibatnya terhadap diri seseorang di kemudian hari. Nauzubillahiminzalik.
Kita pun bukanlah insan sempurna. Manusia memang tidak dilahirkan sempurna kerana kita sering melakukan kesilapan. Sebab tu, setiap tindak tanduk, kita perlu cerminkan. Perhalusi juga, adakah sesuatu tindakan itu akan memberi impak yang begitu besar terhadap diri kita? Mungkin kita belum sedar bahawa ianya akan memusnahkan segala amalan yang kita lakukan selama ini.
Walaupun kita ramai kenalan. Contohnya dalam kawasan jajahan kita tu, sebut saje nama, pasti orang kenal. Tapi untuk menjaga silaturahim yang banyak itu sangat sukar sekiranya kita masih tiada sifat maaf memaafkan orang lain. Walaupun seribu kenalan yang kita jumpa, tetapi kegagalan untuk mengekalkan 1 silaturahim sahaja, kita sebenarnya telah gagal keseluruhan. Berlainan pula orang yang cuma ada 10 kenalan. Dia akan menjaga betul-betul hubungan silaturahimnya. Mungkin dari segi luarannya, orang yang kurang kenalan itu nampak kurang bersosial, tapi disebabkan tiada silaturahim yang putus, Allah menyanjung tinggi sikap orang yang kurang tali silaturahim.
Secara zahirnya orang ramai akan menyanjung tinggi orang yang ramai kenalan itu. Tapi mungkin kita lupa, Allah murkai kerana 1 silaturahim yang terputus.
Elakkanlah diri kita dari memutus silaturahim. Elakkan juga dari berbalah-balah, benci membenci. Marilah kita bermaaf-maafan sesama manusia. Sifat benci membenci tu adalah sifat syaitan.
Kita akan merasa puas bila dapat putuskan hubungan itu. Kita juga puas bila tidak memaafkan orang. Tapi adakah kita puas di akhirat nanti? Tepuk dada tanya iman.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment