Inilah rakan karib. Buat permulaan percutian tahun 2014. Ak bersama Aidil, Najib dan Nizam. Bercuti dalam Joho pun mencukupi bagi menghilangkan rasa tertekan kerja. *tertekan ke?? Hohoho
Aidil. Hari-hari ak di Jaya Jusco Permas Jaya
(sekarang dikenali sebagai Aeon) berjalan seperti biasa. Satu minggu kerja pada waktu siang, satu minggu kerja pada waktu malam. Pada saat menghabiskan sisa-sisa kehidupan, tibalah sekumpulan pekerja-pekerja baru yang bakal bekerja di Jusco Tebrau City. Ak seperti biasa, memang sukar untuk beramah mesra dengan orang yang belum dikenali. Pada saat akhir, seorang kakak telah seboleh-boleh mengajak ak untuk berpindah ke sana. Untuk mencari pengalaman baru katanya. Tapi jauh dilubuk hati ak, ada sebab lain yang menolak ak ke sana. Kekecewaan terhadap sesuatu. Mana sangka, pekerja-pekerja baru tadilah yang akan menjadi kawan ak bila berada di Jusco TC itu nanti. Seorang demi seorang ak mengenali hati budi mereka. Aidil adalah salah seorang yang menjadi teman ak di TC. Pernah satu masa kami bertengkar, tidak tahu mana silapnya. Makan berminggu jugalah untuk berbaik semula. Tapi sebab itulah orang kata pertengkaran itulah yang membuatkan kita lebih akrab. Dan sekarang dialah satu-satunya kawan yang boleh digelar kawan, rakan dan sahabat. Ada masa waktu susah ataupun senang. Banyak perkara positif yang ada dalam diri dia.
Najib. Dalam pada menjalankan kerja-kerja di Jusco TC, najib merupakan pekerja baru yang masuk dan boleh dikatakan dia senang bergaul dengan orang sekeliling. Dia yang pandai melakukan kerja-kerja menambahkan lagi rasa senang dalam diri ak. Walaupun dia tidak lama bekerja di Jusco TC, keakraban dia bersama Aidil menjadikan ak rapat sekali dengan dia.
Nizam. Merupakan rakan Aidil sejak bangku sekolah. Ramai kawan-kawan Aidil juga telah menjadi kawan ak. Orang cakap kawan atas kawan. Disebabkan mereka yang mudah didekati, banyak juga aktiviti kita lakukan bersama.
Itulah KAMI... HISTERIA.. Hahaha
Cerita ni memang ak tak boleh lupa. Sebabnya lepas habis berkelah kat Teluk Ramunia tu, kami singgah Jusco TC untuk menonton. Ak pun ok sahaja. Lagipun balik rumah awal-awal pun buat apalahkan. Ak memang tak tengok sinopsis cerita ni. Kelakar ke, takut ke, aksi ke. Tapi ak tak kisah. Manalah tahu rupanya ada diselitkan adegan seram. Ingatkan mereka dah paham ak, yang ak memang suka menjerit. Lagi-lagi bila tengok cerita seram. Minta maaflah penonton-penonton lain. Ak memang begini. Lagikan naik roller coaster dekat LEGOLAND pun jerit sakan. Habis cerita, mereka keluar dengan rasa malu sebab jeritan tadi. Maaflah ak memang orang kampung, memang tak boleh dinafikan. Cerita itu memang seronok lagi-lagi bila boleh menyatakan perasaan takut tersebut. Cuma mungkin ada sesetengah orang tak rasa selesa bila kita buat begitu. Tapi tak apalah, ak cuma jadi diri sendiri. Mungkin dia serik tengok wayang dengan ak. Ampun ya. Tak tahu pula awak tak suka ak buat begitu. Kalau tahu, mungkin boleh kawal dari awal. Ok memang salah ak.
Akhirnya ak memang seronok keluar dengan mereka. Biarlah ianya menjadi pengajaran buat ak. Peace :)
No comments:
Post a Comment