Nufnang

Friday, February 21, 2014

Cuti-cuti Malaysia 1


Inilah rakan karib. Buat permulaan percutian tahun 2014. Ak bersama Aidil, Najib dan Nizam. Bercuti dalam Joho pun mencukupi bagi menghilangkan rasa tertekan kerja. *tertekan ke?? Hohoho 
 
Aidil. Hari-hari ak di Jaya Jusco Permas Jaya
(sekarang dikenali sebagai Aeon) berjalan seperti biasa. Satu minggu kerja pada waktu siang, satu minggu kerja pada waktu malam. Pada saat menghabiskan sisa-sisa kehidupan, tibalah sekumpulan pekerja-pekerja baru yang bakal bekerja di Jusco Tebrau City. Ak seperti biasa, memang sukar untuk beramah mesra dengan orang yang belum dikenali. Pada saat akhir, seorang kakak telah seboleh-boleh mengajak ak untuk berpindah ke sana. Untuk mencari pengalaman baru katanya. Tapi jauh dilubuk hati ak, ada sebab lain yang menolak ak ke sana. Kekecewaan terhadap sesuatu. Mana sangka, pekerja-pekerja baru tadilah yang akan menjadi kawan ak bila berada di Jusco TC itu nanti. Seorang demi seorang ak mengenali hati budi mereka. Aidil adalah salah seorang yang menjadi teman ak di TC. Pernah satu masa kami bertengkar, tidak tahu mana silapnya. Makan berminggu jugalah untuk berbaik semula. Tapi sebab itulah orang kata pertengkaran itulah yang membuatkan kita lebih akrab. Dan sekarang dialah satu-satunya kawan yang boleh digelar kawan, rakan dan sahabat. Ada masa waktu susah ataupun senang. Banyak perkara positif yang ada dalam diri dia. 

Najib. Dalam pada menjalankan kerja-kerja di Jusco TC, najib merupakan pekerja baru yang masuk dan boleh dikatakan dia senang bergaul dengan orang sekeliling. Dia yang pandai melakukan kerja-kerja menambahkan lagi rasa senang dalam diri ak. Walaupun dia tidak lama bekerja di Jusco TC, keakraban dia bersama Aidil menjadikan ak rapat sekali dengan dia. 

Nizam. Merupakan rakan Aidil sejak bangku sekolah. Ramai kawan-kawan Aidil juga telah menjadi kawan ak. Orang cakap kawan atas kawan. Disebabkan mereka yang mudah didekati, banyak juga aktiviti kita lakukan bersama. 

Itulah KAMI... HISTERIA.. Hahaha

Cerita ni memang ak tak boleh lupa. Sebabnya lepas habis berkelah kat Teluk Ramunia tu, kami singgah Jusco TC untuk menonton. Ak pun ok sahaja. Lagipun balik rumah awal-awal pun buat apalahkan. Ak memang tak tengok sinopsis cerita ni. Kelakar ke, takut ke, aksi ke. Tapi ak tak kisah. Manalah tahu rupanya ada diselitkan adegan seram. Ingatkan mereka dah paham ak, yang ak memang suka menjerit. Lagi-lagi bila tengok cerita seram. Minta maaflah penonton-penonton lain. Ak memang begini. Lagikan naik roller coaster dekat LEGOLAND pun jerit sakan. Habis cerita, mereka keluar dengan rasa malu sebab jeritan tadi. Maaflah ak memang orang kampung, memang tak boleh dinafikan. Cerita itu memang seronok lagi-lagi bila boleh menyatakan perasaan takut tersebut. Cuma mungkin ada sesetengah orang tak rasa selesa bila kita buat begitu. Tapi tak apalah, ak cuma jadi diri sendiri. Mungkin dia serik tengok wayang dengan ak. Ampun ya. Tak tahu pula awak tak suka ak buat begitu. Kalau tahu, mungkin boleh kawal dari awal. Ok memang salah ak. 

Akhirnya ak memang seronok keluar dengan mereka. Biarlah ianya menjadi pengajaran buat ak. Peace :)


Thursday, February 20, 2014

Kekilafan Diri


Bismillah ...

Ak bukan insan sempurna.. Ak masih belajar untuk mengurangkan sikap-sikap negatif. Ak tahu yang baik dalam diri ak adalah dari Allah dan yang buruk semua datang dari diri sendiri. 

Untuk menjadi orang yang positif adalah sukar bagi diriku. Sebabnya banyak sangat negatif dalam diri ini. 

Bila ak tertekan, ia akan mempengaruhi tindak balas ak terhadap orang sekeliling. Kasihan orang sekeliling jadi mangsa. Orang sekeliling ak sangat baik dan positif. Ak juga ingin jadi seperti mereka. Kadang- kadang ak iri hati tengok kebaikan mereka. Tp untuk apa iri hati ? Itukan salah satu sifat negatif juga. Lebih baik buang yang keruh ambil yang jernih.

Bila ak tertekan, ak akan jadi cepat marah. Bila ak marah, orang sekeliling adalah mangsanya. Untuk mengelakkan suasana jadi lebih teruk, ak perlu jauhi mereka untuk sementara waktu. Menjauhi bukan bermaksud ak dendam dengan mereka. Tetapi ianya salah satu cara untuk menenangkan keadaan. 

Semasa ak bersendirian, ak akan muhasabah diri ak. Ak akan bertanya pada diri, kenapa perkara ini berlaku? Jawapan ak adalah mungkin ini adalah ujian Allah, Allah ingin menguji tahap kesabaran ak. Allah tahu yang ak mampu tempuh ujian ini. Jadi ak kene banyak bersabar. Ak perlu redha, ak juga perlu menghadapi dengan tabah. 

Oleh itu, ak terus memaafkan sesiapa sahaja pada masa itu. Ak tahu yang semua ini memang datang dari kekilafan ak. 

Ak juga berazam supaya hari ini  perlu lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik dari hari ini. 

Wallahualam 

Thursday, February 13, 2014

Keluarga


Kadang2 ak terfikir dalam lubuk hati.. Ape akan jd kat arwah ayah kat sana.. Apa amalan yg akan jadikan dia selesa di sana.. Apa yg perlu ak lakukan?

Sebenarnya kita di dunia ini boleh lakukan sesuatu yang akan mengubah nasib ayah di sana. Sebagai Anak lelaki ak punyai tanggungjawab yang besar kepada ibu bapa. Waima ak akan berkahwin, tanggungjawab itu masih berada di bahu ak dan perkahwinan itu adalah tanggungjawab baru yang perlu dipikul. 

Tetiba ak tersentak oleh satu perkara. Adik beradik. Ia adalah satu tanggungjawab ak juga sebagai seorang anak lelaki. Dalam mencari keredhaan Allah, ak perlu ingat tanggungjawab ak kepada mak dan Adik beradik. 

Ak perlu bimbing mereka utk sama2 menuju jln yg benar. D samping memperbetulkan langkahku menuju ke jln yg lurus In Sha Allah. 

Kadang2 tiba satu masa, ak hanya doa dan fikirkan tentang mak, Adik beradik serta semua Muslimin Muslimat. Ak x fikir tentang diri sendiri. Apa yang penting mereka sama-sama masuk ke syurga. 

Ak tahu selama ni ak terlalu byk dosa yang dihimpunkan.. Semoga Allah terima  taubatku dan menyelamatkan semua umat Islam akhir zaman ini. 

Ak takut dengan azab Allah. 




Wednesday, February 12, 2014

Stop gossip

Bagi ak, mulut adelah satu cara yang paling senang nk dpt dosa. Sbb mulut yg akan menyebabkan benda2 tak elok berlaku.

So ak kene jaga mulut.. Jangan terlalu banyak bercakap.. Org yang byk bercakap biasanya akan lebih terjerumus ke arah kemungkaran apabila perkara yang diperkatakan itu tidak berfaedah. Senyap itu lebih baik dari byk bercakap.

Ak pernah terbaca satu artikel yang mengatakan mulut itulah punca kamu ke neraka. Seram tak bunyi dia? Jadi kite perlulah ambil series dengan perkara ini supaya di akhirat kelak, kita juga yang akan berjaya . Amin

Pembuka Tahun 2014

Bismillah pembuka bicara. Tahun ni ak tetap mempunyai azam baru yang perlu ak sempurnakan.. ceh wah.... feeling2 sangat. Banyak sangat target... xtaw boleh capai ke x? Tp bg ak, yg penting kite kene ade matlamat... Then cara utk mncapai matlamat terserah pada diri kita. 

Ape yg terlintas dalam kepala ak tentang Azam tahun ni adalah utk jadi Muslim yg sejati.. Ak taw yg selama ni, jauh sgt da tersasar.. Sepanjang tahun 2013 pon ak ade Azam mcm ni.. Tp bile ak musahabah diri, mcm byk  lg yg perlu ak perbaiki. 

Yg paling penting perlu ada dalam diri adalah istiqamah.. Semoga Allah beri kekuatan kpd diri ak.. Ak juga perlu tabah dan sabar atas apa saja dugaan Allah berikan.

Wasalam..



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...