Nufnang

Thursday, February 20, 2014

Kekilafan Diri


Bismillah ...

Ak bukan insan sempurna.. Ak masih belajar untuk mengurangkan sikap-sikap negatif. Ak tahu yang baik dalam diri ak adalah dari Allah dan yang buruk semua datang dari diri sendiri. 

Untuk menjadi orang yang positif adalah sukar bagi diriku. Sebabnya banyak sangat negatif dalam diri ini. 

Bila ak tertekan, ia akan mempengaruhi tindak balas ak terhadap orang sekeliling. Kasihan orang sekeliling jadi mangsa. Orang sekeliling ak sangat baik dan positif. Ak juga ingin jadi seperti mereka. Kadang- kadang ak iri hati tengok kebaikan mereka. Tp untuk apa iri hati ? Itukan salah satu sifat negatif juga. Lebih baik buang yang keruh ambil yang jernih.

Bila ak tertekan, ak akan jadi cepat marah. Bila ak marah, orang sekeliling adalah mangsanya. Untuk mengelakkan suasana jadi lebih teruk, ak perlu jauhi mereka untuk sementara waktu. Menjauhi bukan bermaksud ak dendam dengan mereka. Tetapi ianya salah satu cara untuk menenangkan keadaan. 

Semasa ak bersendirian, ak akan muhasabah diri ak. Ak akan bertanya pada diri, kenapa perkara ini berlaku? Jawapan ak adalah mungkin ini adalah ujian Allah, Allah ingin menguji tahap kesabaran ak. Allah tahu yang ak mampu tempuh ujian ini. Jadi ak kene banyak bersabar. Ak perlu redha, ak juga perlu menghadapi dengan tabah. 

Oleh itu, ak terus memaafkan sesiapa sahaja pada masa itu. Ak tahu yang semua ini memang datang dari kekilafan ak. 

Ak juga berazam supaya hari ini  perlu lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik dari hari ini. 

Wallahualam 

Thursday, February 13, 2014

Keluarga


Kadang2 ak terfikir dalam lubuk hati.. Ape akan jd kat arwah ayah kat sana.. Apa amalan yg akan jadikan dia selesa di sana.. Apa yg perlu ak lakukan?

Sebenarnya kita di dunia ini boleh lakukan sesuatu yang akan mengubah nasib ayah di sana. Sebagai Anak lelaki ak punyai tanggungjawab yang besar kepada ibu bapa. Waima ak akan berkahwin, tanggungjawab itu masih berada di bahu ak dan perkahwinan itu adalah tanggungjawab baru yang perlu dipikul. 

Tetiba ak tersentak oleh satu perkara. Adik beradik. Ia adalah satu tanggungjawab ak juga sebagai seorang anak lelaki. Dalam mencari keredhaan Allah, ak perlu ingat tanggungjawab ak kepada mak dan Adik beradik. 

Ak perlu bimbing mereka utk sama2 menuju jln yg benar. D samping memperbetulkan langkahku menuju ke jln yg lurus In Sha Allah. 

Kadang2 tiba satu masa, ak hanya doa dan fikirkan tentang mak, Adik beradik serta semua Muslimin Muslimat. Ak x fikir tentang diri sendiri. Apa yang penting mereka sama-sama masuk ke syurga. 

Ak tahu selama ni ak terlalu byk dosa yang dihimpunkan.. Semoga Allah terima  taubatku dan menyelamatkan semua umat Islam akhir zaman ini. 

Ak takut dengan azab Allah. 




Wednesday, February 12, 2014

Stop gossip

Bagi ak, mulut adelah satu cara yang paling senang nk dpt dosa. Sbb mulut yg akan menyebabkan benda2 tak elok berlaku.

So ak kene jaga mulut.. Jangan terlalu banyak bercakap.. Org yang byk bercakap biasanya akan lebih terjerumus ke arah kemungkaran apabila perkara yang diperkatakan itu tidak berfaedah. Senyap itu lebih baik dari byk bercakap.

Ak pernah terbaca satu artikel yang mengatakan mulut itulah punca kamu ke neraka. Seram tak bunyi dia? Jadi kite perlulah ambil series dengan perkara ini supaya di akhirat kelak, kita juga yang akan berjaya . Amin

Pembuka Tahun 2014

Bismillah pembuka bicara. Tahun ni ak tetap mempunyai azam baru yang perlu ak sempurnakan.. ceh wah.... feeling2 sangat. Banyak sangat target... xtaw boleh capai ke x? Tp bg ak, yg penting kite kene ade matlamat... Then cara utk mncapai matlamat terserah pada diri kita. 

Ape yg terlintas dalam kepala ak tentang Azam tahun ni adalah utk jadi Muslim yg sejati.. Ak taw yg selama ni, jauh sgt da tersasar.. Sepanjang tahun 2013 pon ak ade Azam mcm ni.. Tp bile ak musahabah diri, mcm byk  lg yg perlu ak perbaiki. 

Yg paling penting perlu ada dalam diri adalah istiqamah.. Semoga Allah beri kekuatan kpd diri ak.. Ak juga perlu tabah dan sabar atas apa saja dugaan Allah berikan.

Wasalam..



 

Saturday, March 16, 2013

Omg! Terkezut boboiboy

Hari berlalu seperti biase ... Ak n akim kemas kan taman walaupun panas terik, kami gagahkan diri ..

Lepas penat berkebun, kene naek ke kelas.. Sbb ade experiment.. Hari ni mcm bz ckit experiment nye ... Dua kelas buat sekali gus..

Dlm sibuk mengemas brg2 lepas experiment.. Ade saje cerita yang sibuk dbincangkan.. Byk tol perancangan masing2 utk mencantikkan taman herba dan makmal sains...

Dari hari ke hari, semangat bekerja bagaikan membara2.. Seronok sebenarnya bile kite buat keje dgn Ikhlas tanpa merungut.. Hidup mesti happy!

Tapi nak dijadikan cerita, serangan hendap bukan saje terjadi kat Lahad Datu, tapi terjadi kat makmal fizik gak.. Terperanjat la wei... Kami ade buat salah ke sampai nak serang macamtu? Klu xde bukti, xpyh la nk tuduh2 org... Tau x itu adalah satu fitnah terhadap kitorg ???

Sesungguhnya Allah tu Maha Mengetahui... Kite ni hanya insan biase yg selalu buat salah... Bg ak, ak sentiasa maapkan org yg buat salah kat ak.. Tapi ko xpatut buat mcm tu kat kitorg..

Emmmm.. Mcm ni la hidup manusia .. Ak yakin, Allah tu Maha Adil.. Biarla Allah tentukan segalanya..

Klu la ko ade terbaca ayat2 ni, ak harap ko dpt berubah.. Panas baran ko tu kene control ckit ... Ak faham, ilmu agama ko lagi tinggi dari kitorg.. So ko pon taw, kalau sifat amarah tu tlg membelenggu manusia, maksudnye die tlh di pengaruhi oleh ape kan? So tepok dada tny la iman..
Wallahu'alam..

*p/s : sentiasa ingat kan diri ak supaya kawal segala nafsu yg ade kat diri.. Ak taw, peperangan yg paling hebat ialah peperangan dgn hawa nafsu :)





Tuesday, February 12, 2013

TOP (The Orient's Perfume)


Pelbagai perfume yang di jual dengan harga yang murah dan berpatutan berbanding harga jualan di kaunter. Perfume ini juga merupakan 100% Original. Tidak perlu risau. 
Untuk pertanyaan lanjut, sila lawati laman facebook berikut : Orient Riedel..
Boleh runding harga dengan memberikan mesej di inbox..

Bvlgary_Agva (tester)
DKNY_Delicious 
 CK_Eternity
Issey Miyake 
 Burberry_Weekend 
Jean Paul Gautier_Le Male 
 Burberry_For Men
Paco Rabbane_1Million 
 Guess_Seductive
 Selvatore Ferragamo_Incanto Shine
 Carolina Herrera_212 VIP Men
 CK_in2u
 CK_one
 Benetton_Hot @ Cold
Britney Spears_Midnight Fantasy
 Elizabeth Arden_5th Avenue
 Elizabeth Arden_Sunflower
CK_Eternity for men 
 Lancaster_Skincare Fragrance

Friday, February 1, 2013

Business

Support la saya dgn membeli barang saya :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...