Nufnang

Sunday, August 28, 2016

Keindahan Silaturahim



Entahlah.. Tak tahu nak cakap apa. Bila namanya manusia acapkali melakukan kealpaan.

Kita bukannya apa, kadang-kadang tu kesian dekat diri sendiri. Tapi secara positifnya mungkin kita belum diberi taufik dan hidayah. Kadang-kadang kita lakukan banyak amalan, solat 5waktu tak pernah tinggal, baca Alquran setiap hari lagi. Tapi bila  bab jaga silaturahim, kita gagal. Terputusnya silaturahim itu, begitu besar akibatnya terhadap diri seseorang di kemudian hari. Nauzubillahiminzalik.

Kita pun bukanlah insan sempurna. Manusia memang tidak dilahirkan sempurna kerana kita sering melakukan kesilapan. Sebab tu, setiap tindak tanduk, kita  perlu cerminkan. Perhalusi juga, adakah sesuatu tindakan itu akan memberi impak yang begitu besar terhadap diri kita? Mungkin kita belum sedar bahawa ianya akan memusnahkan segala amalan yang kita lakukan selama ini. 

Walaupun kita ramai kenalan. Contohnya dalam kawasan jajahan kita tu, sebut saje nama, pasti orang kenal. Tapi untuk menjaga silaturahim yang banyak itu sangat sukar sekiranya kita masih tiada sifat maaf memaafkan orang lain. Walaupun seribu kenalan yang kita jumpa, tetapi kegagalan untuk mengekalkan 1 silaturahim sahaja, kita sebenarnya telah gagal keseluruhan. Berlainan pula orang yang cuma ada 10 kenalan. Dia akan menjaga betul-betul hubungan silaturahimnya. Mungkin dari segi luarannya, orang yang kurang kenalan itu nampak kurang bersosial, tapi disebabkan tiada silaturahim yang putus, Allah menyanjung tinggi sikap orang yang kurang tali silaturahim. 

Secara zahirnya orang ramai akan menyanjung tinggi orang yang ramai kenalan itu. Tapi mungkin kita lupa, Allah murkai kerana 1 silaturahim yang terputus. 

Elakkanlah diri kita dari memutus silaturahim. Elakkan juga dari berbalah-balah, benci membenci. Marilah kita bermaaf-maafan sesama manusia. Sifat benci membenci tu adalah sifat syaitan. 

Kita akan merasa puas bila dapat putuskan hubungan itu. Kita juga puas bila tidak memaafkan orang. Tapi adakah kita puas di akhirat nanti? Tepuk dada tanya iman.

Wallahualam...



Thursday, July 7, 2016

Sayang itu bisa menolak perasaan negatif. hihihi


Sekarang memang tengah viral ayat-ayat sentap macam ni kat laman sosial. Pernah terbaca kupasan dari seorang penulis mengenai isu yang begitu hangat diperkatakan ini. Isu ni semakin lama samakin di panas, lagi-lagi bila musim raya dah dekat. 

Penerimaan dan penyampaian setiap orang adalah berbeza-beza. Ianya memang tidak boleh disangkal lagi. Disebabkan itu, maksud yang bakal diterjemahkan juga akan berbeza. Perbezaan inilah yang akan menimbulkan salah faham.

Sekiranya orang positif yang menerima soalan sebegini, pastinya mereka akan menjawab dengan lebih berhemah dan sopan berbanding orang yang penuh dengan sikap negatif. 

Budaya melayu dan agama islam tidak pernah mengajar kita untuk menjadi biadab dengan orang yang lebih tua terutamanya. Walaupun kita ditanya dengan soalan-soalan yang sensitif seperti ini, kita janganlah cepat melatah. Bersangka baiklah dengan soalan yang ditujukan kepada kita itu. Mungkin mereka ambil berat terhadap kita ataupun hanya soalan itu yang terpacul di fikiran mereka untuk memulakan perbualan. 

Jawablah dengan berhemah seperti " Mungkin belum ada jodoh, harap makcik doakan yang terbaik untuk saya"

Jagalah mulut dan hati kita dari dikotori oleh pemikiran-pemikiran yang memecah belahkan kita. Allah suka manusia yang penuh dengan sikap penyayang sesama manusia.

Tidak perlulah kita membenci sesama manusia hatta makhluk lain juga. 

Teringat kata-kata seorang kawan. Ianya betul-betul memberi 1000 kesan dalam kehidupan. 
" Janganlah kita benci orang lain, pasti orang lain akan membenci kita juga"

Wallahualam.....






Tuesday, July 5, 2016

Eidul Fitri

Selamat Hari Raya semua.. pejam celik pejam celik, habis dah bulan ramadhan yang mulia. 
Bukan semua orang dapat merasai kemeriahan hari raya macam kita. 
Kite kena selalulah beringat dengan orang-orang yang kurang bernasib baik. 
Kita tak bolehlah terlalu mementingkan diri sendiri.

Terkadang tu, kita sendiri pon tak perasan yang kita ni tak pernah pikir pasal orang lain. 
Cube kite fikir sejenak, muhasabah diri sikit, kenapa kita diberi kebahagiaan menyambut hari raya? Sebenarnya Allah harapkan kita untuk berkongsi kebahagiaan tersebut dengan orang lain. Bukan untuk kita sorang je. 

Tujuan Allah beri rezeki adalah untuk kita kongsikan dengan orang lain. Janganlah kita lupa, rezeki yang Allah beri tu bukan milik kita, tapi milik Allah. Allah cuma percaya kat kita untuk jadi pengantaraan berkongsikan rezeki tersebut dengan orang yang sepatutnya. 

Rezeki tu tidak akan pernah putus sekiranya kita kongsikan. Jangan risau kiraan matematik Allah sangat berbeza dengan manusia. Andaikata kiraan manusia 10-1=9, tapi bagi Allah 10-1=11. Sebab apa? setiap apa yang kita kongsikan itu akan bertambah nilainya di kemudian hari. Dan yang paling penting kite kena ikhlas dan yakin dengan janji Allah itu. 

Wallahulam..

p/s : pic ni adalah pic zaman bujang kami adik-beradik, tapi tak ingat tahun bila. Yang penting semua masih slim-slim lagi.. hihihi





Wednesday, May 18, 2016

Pembelajaran sepanjang hayat

Ianya 4 tahun yg lepas. Buat ape? Sedang bersedia untuk membuat perbentangan. Mesti semua orang akan rasa debarannya. Dan sekarang, ianya telah lama ditinggalkan. Acapkali terpandang laman mukabuku rakan-rakan yang telah menyambung ke peringkat yang lebih tinggi, terasa rindu di hati.

Balajar dan terus belajar. Tidak kiralah berapa umur kalian, belajar itu sangat penting. Tidak semestinya kita perlu buka buku, ambil peperiksaan, dan dapat sijil. Maksud belajar itu sangat luas seperti semut yang berada di tengah Lautan Pasifik. 

Belajar daripada pengalaman itu adalah sesuatu yang sungguh berharga. Ramai orang boleh belajar daripada buku, tetapi tidak semua orang akan dapat belajar dari pengalaman yang ditempuhinya.

Tanamkanlah dalam diri supaya kita ada keinginan untuk belajar sesuatu yang baru setiap hari. 

Wallahualam. 

Saturday, April 9, 2016

2016 planning yang masih belum terlaksana


Hi guys. 

Pejam2 celik je dah setahun keje Kat tempat baru. Sibuknya awal2 tahun ni. Projek berjalan ke sana sini memang tersusun indah. Hahaha.
Cousin2 kahwin pon banyak. Kite je ni mengeras tunggu pinangan orang. Cehhh.
Bulan 2 hari tu pegi Penang, bulan 3 pegi Sarawak, bulan 4 ramai pulak yang nak ajak pegi Songkran. Adoiii..... Dah tak larat la ye nk join. Setahun sekali dua berjalan, sudah mencukupi rasanya. 

Sekarang apa yang perlu difokuskan adalah pembukaan kedai di kampung ni. 
Hari tu planning nak bukak pusat bayar bil, jual brg2 kesihatan sikit, barang tu sikit barang ni sikit. Hahahha. Dah macam2 produk muncul. Mungkin disebabkan begitu banyak jenis barang yang bakal diletakkan di kedai, jadi Ak perkenalkan sebagai vendor. Mungkin ak akan pelbagai Jenis produk yg d jual di online. Boleh gitu?
Hentam je la labu. Orang Kate kite kena try and error. Kita pon xtaw market Kat sini. 

BTW doakan kejayaan kite ye. Hihihi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...