Nufnang

Wednesday, July 15, 2015

Raya yang suram

Raya tahun ni ridak seperti tahun-tahun sebelum. Perasaan dan keghairahan ingin pulang ke kampung tidak lagi dirasai. Kalau dulu, seminggu sebelum raya dah rasa perasaan gembira dan kegirangannya untuk pulang ke desa berjumpa ibu dan adik beradik. Tapi kali ini suasana itu berubah sama sekali.

Mulai tahun ini, hanya adik beradik yang akan merasai persasan itu. Ak hanya menunggu mereka dan membuat persiapan untuk berhari raya. Mungkin begini rasanya bila kita dah menetap di kampung. Lagipun tahun ni, semua adik beradik yang sudah berumah tangga tidak pulang berhari raya kerana tahun ini, tahun untuk ke rumah mertua mereka. Ak, ibu dan adik beradik bujang hanya beraya di kampung halaman. Sepertinya tidak juga pulang ke Muar dan Negeri Sembilan. Semua tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...