Dulu mase belajar degree, berazam nk cari keje lain lepas habis belajar.. Tapi dengan situasi ekonomi sekarang, masih berfikir 15 juta kali. Macam nak tukar fikiran je sekarang. Sepertinya kena kerja ni sampai pencen je.
Mungkin juga kena buat perancangan baru untuk masa hadapan yang lebih gemilang.
Apa yang penting untuk berjaya tu adalah usaha dan kecekalan hati. Kalau usaha je semata pon tak boleh jugak. Sebabnya bila dah bertungkus lumus berusaha, tetiba hati x cekal, habis semua usaha tu sia-sia.
Kalau nak difikirkan idea memang banyak. Apa yang paling mustahak adalah modal yang mencukupi. Barulah apa-apa perancangan pon boleh berjalan.
Bila kita nak harapkan gaji yang kerajaan bagi semata ni memanglah tidak mencukupi. Untuk mendapat lebih, usaha perlu dilipatgandakan.
Pendapatan kedua atau pendapatan sampingan amat diperlukan untuk menampung kos sara hidup sekarang ni.
Nufnang
Thursday, July 16, 2015
Wednesday, July 15, 2015
Raya yang suram
Raya tahun ni ridak seperti tahun-tahun sebelum. Perasaan dan keghairahan ingin pulang ke kampung tidak lagi dirasai. Kalau dulu, seminggu sebelum raya dah rasa perasaan gembira dan kegirangannya untuk pulang ke desa berjumpa ibu dan adik beradik. Tapi kali ini suasana itu berubah sama sekali.
Mulai tahun ini, hanya adik beradik yang akan merasai persasan itu. Ak hanya menunggu mereka dan membuat persiapan untuk berhari raya. Mungkin begini rasanya bila kita dah menetap di kampung. Lagipun tahun ni, semua adik beradik yang sudah berumah tangga tidak pulang berhari raya kerana tahun ini, tahun untuk ke rumah mertua mereka. Ak, ibu dan adik beradik bujang hanya beraya di kampung halaman. Sepertinya tidak juga pulang ke Muar dan Negeri Sembilan. Semua tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.

Subscribe to:
Posts (Atom)