Nufnang

Thursday, May 9, 2019

Perkhidmatan yang panjang

Nampaknya dah bersawang blog ni. Tahun 2018 aku tak sempat tulis coret coretan kehidupan. Aku rase tahun 2018 banyak perkara tak best berlaku kat aku. 

Sekarang dah masuk Bulan 5 tahun 2019. Rase tak sangka, dah nak masuk 7 tahun aku kerja kat jawatan sekarang. Emmm... Ni lah kerja paling lama aku.. Pernah satu hari aku terfikir untuk kerja ni sampai pencen. Tapi aku tak boleh lah kerja more than 5 years di tempat yang sama. Cepat sangat rasa bosan. 

Kadang-kadang aku terfikir sejenak, aku macam belum capai apa yang aku impikan. Terasa nak cari kerja yang sebati dengan jiwa, punyai rakan2 yang best, environment yang selesa. Mother selalu suruh cari kerja yang sesuai dengan kelulusan. Tapi bukan senang nak cari kerja zaman sekarang ni.

Bos pernah ckp, aku mcm tersalah pilih utk pindah ke kampung. Sebab sini macam takde ape2. Adehhh.. 

Kawan2 pon selalu suruh explore dunia luar. Pernah ade sorg kwn ckp, pegi lah kerja luar negara, sementara masih muda, cari pengalaman, cari duit lebih. Benda ni selalu bermain difikiran. Ianya menjadi kata2 semangat utk aku terus maju dan memperbaiki career development aku. 

Tapi ramai juga kawan2 tempat kerja skrg syg kat aku. Hahaha. Perasan. Mereka sering saje halang untuk aku berhenti kerja sekarang. Tapi byk benda yang buat aku kuat untuk tinggalkan kerja sekarang. Maafkan aku beb. Mungkin orang akan cakap aku lari dari masalah. Tapi aku tetap aku. Aku tak boleh menghadap masalah yang bertimpa2.. better let me go.

Terdetik juga dalam minda untuk sambung PhD, tapi nanti2 lah dulu.. berehat 2,3 tahun dulu.. Tak berhenti2 nak belajar.. haha

Jadinya sekarang aku sedang cari peluang utk aku develop career. So bln ni aku start cuti tanpa gaji selama 3 Bulan. Disebabkan ak baru berkhidmat, had CTG aku cume 6 bln. Ok lah tu.. yang penting aku dapat calm down kat rumah sementara mengintai peluang di luar sana.

Tapi tu lah, bila kite nak berhenti ni lah baru org nk hargai.. Tetiba akak kerani call suruh pegi majlis anugerah perkhidmatan cemerlang (APC). Masalahnya cemerlang ke aku? Mulanya mmg tak nak pergi, tapi mengenangkan kwn2 yg pergi tu, takpelah biarlah ianya jadi satu memori sepanjang perkhidmatan aku.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...