Orang kita sekarang memang susah nak menderma. Termasuklah ak. Kenapa kita susah nak derma, jawapannya kita tidak dididik dari kecil untuk suka menderma. Benda ini terjadi melalui pengalaman ak. Ak bila pergi Solat jumaat, akan ada tabung yang di pass dari seorang ke seorang. Tak pernah pun terlintas untuk menderma walaupun 10 sen. Dengan tiba-tiba ak tersedar dari sifat kedekut dan tidak endah terhadap tabung apabila seorang Adik yang beria berlari ke tabung masjid untuk menderma. Bermula pada hari itu, ak perhatikan Adik itu. Tiap-tiap minggu dia akan melakukan benda yang sama. Rupanya ibunya akan memberikan duit tersebut untuk dia dermakan ke dalam tabung masjid. Alhamdulillah.
Kisah ini sebenarnya telah menyedarkan kita betapa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak terhadap sifat dermawan itu. Secara tidak langsung, anak-anak yang diberikan pendidikan begini akan membiasakan diri untuk menjadi penderma.
Rata-rata orang kita takut untuk menderma kerana takut kehabisan harta. Kita kena paham konsep derma itu sendiri. Sebenarnya apabila kita menderma, secara tidak langsung harta kita akan bertambah bukannya berkurang. Tapi secara fizikalnya kita akan nampak ia berkurang, walaupun kita tidak nampak keajaiban yang akan berlaku pada suatu hari kelak. Kita jangan risau untuk menderma. Apa yang perlu kita pegang adalah rezeki yang Allah beri itu adalah untuk dikongsikan bersama. Ianya bukan rezeki kita seorang. Percayalah yang Allah pemberi rezeki yang seadil-adilnya.
Kita juga perlu ingat, bila memberi itu, janganlah kita inginkan balasan semata-mata. Ada pepatah mengatakan yang ikhlas memberi itu seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam didalam gelap gelita. Begitulah rumitnya pengertian ikhlas yang perlu kita pahami.
Insyallah apabila kita dikurniakan sifat ikhlas itu, Allah akan memberkati segala rezeki pemberianNya.
Wallahualam.