Nufnang

Tuesday, December 2, 2014

1st nephew

Tanggal 16 May 2014, dikurniakan seorang bayi yang comel dan diberi nama Mohamad Alif Mikail. 
Selamat datang ke dunia ini sayang. Semoga kamu menjadi anak yang soleh yang akan mendoakan kesejahteraan ibubapa kamu. Amin.. 

Saat kegembiraan sepasang suami isteri adalah pada masa ini apabila mereka dikurniakan zuriat. Insyallah masa ak akan tiba kelak. Amin.

Bukan mudah untuk menjaga seorang bayi yang baru dilahirkan ke dunia ini. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi oleh mak ayah mereka. Walaupun pada zahirnya terpancar keceriaan dan kebahagian, tetapi orang yang menempuhinya lebih tahu segalanya. 

Allah tahu yang mereka boleh memikul dan menempuhi segala cabaran itu sebab Allah juga tahu kekuatan mereka dalam berdepan pelbagai perkara.

Masa berlalu begitu pantas, alif semakin besar dan sihat hendaknya. 



 
Budak-budak sekarang cepat betul belajar. Tengoklah tu, posing sana sini. Budak sekarang tak sama dengan kita dulu-dulu. Banyak betul faktor yang menyebabkan mereka belajar begitu cepat. 

Semoga kamu dapat menjadi pemimpin satu hari nanti. Dapat lakukan perkara yang memberi faedah kepada orang sekeliling. Jangan lupa juga untuk berbakti kepada Mak Ayah. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...